Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

  • SYED SADDIQ HARUS SEDIA BERKONGSI BUTIRAN PERJANJIANNYA DENGAN KERAJAAN

    Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menerima peruntukan kewangan daripada kerajaan bagi kawasan Parlimen Muar yang djwakilinya tidak lama lagi. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Fadilah Yusof dan dilaporkan suatu perjanjian mengenainya kini sedang disiapkan. Fadillah dilaporkan berkata, Syed Saddiq secara prinsipnya bersetuju dengan beberapa syarat ditetapkan kerajaan dan dijangka menerima peruntukan untuk…

  • WARISAN PILIH BERGERAK SOLO HADAPI PRN

    Mengakui berdepan kekurangan dari segi material, parti Warisan tetap yakin mengharungi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi dengan bergerak solo dan menawarkan kelebihan lain yang mereka miliki. Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, menegaskan keputusan tersebut di Lahad Datu, Sabah, malam tadi. Katanya, tiada sebarang kerjasama dijalin Warisan dengan mana-mana parti untuk berdepan dengan pihak…

  • JAWATAN PERDANA MENTERI BUKAN LAGI SUATU KEMEGAHAN, TIGA DARIPADA 10 SEDANG DITIMPA KEAIBAN

    Jawatan Perdana Menteri adalah kedudukan tertinggi dan teristimewa dalam negara ini. Walaupun secara prinsipnya sesiapa saja boleh menjadi Perdana Menteri, tetapi kerana keistimewaan dan ketinggian martabatnya, hanya sepuluh orang saja berpeluang menduduki jawatan tersebut sejak merdeka. Pendeknya, jawatan Perdana Menteri adalah kedudukan yang benar-benar terpilih dan penuh kemegahan. Dengan itu, bukan setakat mereka yang menjadi…

  • INI CERITA WARTAWAN MALAYSIAKINI YANG DITAHAN REMAN SPRM

    Dari awal, saya ingin menerangkan dengan jelas bahawa saya tidak meminta rasuah. Saya tidak pernah meminta “RM100,000” atau berunding sehingga mendapat “RM20,000”. Pada 6 Februari, saya menerima maklumat tentang sindiket “fly” yang beroperasi di KLIA. Selepas menjalankan siasatan, saya menerbitkan laporan saya di Malaysiakini pada 19 Februari. (Sindiket ‘Fly’ melibatkan pemalsuan cop keluar masuk imigresen untuk pekerja asing tanpa kehadiran fizikal mereka.)…

  • YANG PENTING, ISMAIL SABRI KENA BERSEDIA UNTUK DIDAKWA

    Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadap SPRM esok (Jumaat) untuk diambil keterangan berhubung penemuan wang tunai dan jongkong emas berjumlah RM177 juta yang dikaitkan dengannya. Wang tunai dan jongkong emas itu ditemui hasil penahanan reman empat bekas pegawainya baru-baru ini. Ismail Sabri sepatutnya dipanggil memberi keterangan pada Rabu (semalam) tetapi beliau memohon ditangguhkan…

  • HENTIKAN PROVOKASI AGAMA DI MEDIA SOSIAL, AMARAN MENTERI PERPADUAN

    Semua pihak digesa mengelak dan berhenti serta-merta daripada mengapi-apikan atau menyebarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian negara, tegas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang terlibat dalam penyebaran berbentuk provokasi di media sosial….